7 Idea Menu Sahur yang Kenyang & Mudah Disediakan (2026)
- Abby Kuntum

- 3 Feb
- 4 min membaca
Indeks

Pengenalan
Sahur ialah waktu penting untuk persiapan tenaga sepanjang hari berpuasa. Tapi tak semua orang sempat atau rajin bangun awal untuk masak. Artikel ini kongsikan menu sahur 2026 yang mudah dan kenyang, sesuai untuk individu bujang atau pasangan suami isteri yang sibuk tapi tetap nak makanan sedap dan berkhasiat.
Resepi Menu Sahur Kenyang & Mudah
1️⃣ Nasi + Ayam Masak Kicap Style Khairul Aming
Kenapa mudah: Lauk versatile, boleh buat lebih untuk simpan.
Bahan-bahan:
Seekor ayam
Garam
Kunyit
3 bawang merah saiz besar
10 ulas bawang putih
3 batang serai
Halia sebesar ibu jari
2 sudu cili kisar
5 tangkai daun kari
2 sudu Sos Tiram Mahsuri
1.5 cawan Kicap Manis Pedas Mahsuri
3 cili padi ditumbuk
Cara:
Gaul ayam dengan garam dan kunyit, goreng hingga separuh masak.
Kisar bawang merah, bawang putih, serai dan halia.
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari.
Masukkan sos tiram dan kicap manis pedas.
Masukkan cili padi yang diketuk.
Akhir sekali, masukkan ayam goreng tadi dan biarkan kuah meresap.

Rasa pedas menyengat, confirm buka mata!
Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung (bersih & kelar)
Garam & kunyit secukupnya
5 tangkai cili padi (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
Cara:
Lumur ikan dengan garam & kunyit, goreng garing.
Tumbuk cili & bawang putih, tumis hingga naik bau.
Curah atas ikan goreng atau gaul rata.

Gabungan lauk & sayur dalam satu hidangan. Sesuai untuk sahur pantas tapi tetap lengkap.
BAHAN INTI:
Isi ayam – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1/4 batang lobak merah – dipotong dadu
1/2 biji tomato – dipotong dadu
Sedikit cili merah
BAHAN LAIN:
2 biji telur
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos Thai
1 sudu makan sos tiram
Secubit garam
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
Masukkan ayam dan kacau seketika.
Masukkan sos cili, sos Thai dan sos tiram. Tambah sedikit air dan secubit garam.
Masukkan lobak merah dan bawang besar. Masak 1–2 minit.
Tambahkan tomato dan cili. Gaul rata. Siap.
Pukul telur dengan sedikit garam.
Panaskan kuali, masukkan telur dan lenggang nipis.
Letak inti di tengah dan bungkus.
Terbalikkan ke dalam pinggan. Siap dihidang.

Menu sihat & sangat cepat!
Bahan-bahan:
1/2 cawan rolled oats
1 cawan susu segar
1 biji pisang (lenyek)
1 sudu kecil madu (optional)
Cara:
Campur semua bahan dalam mangkuk.
Boleh panaskan atas dapur / microwave 1-2 minit.
Gaul rata & sedia dimakan.

Penuh tenaga, ringkas dan pedas.
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
1 biji telur
3 biji cili padi (tumbuk)
1 ulas bawang putih
Garam secukupnya
Cara:
Tumis bawang putih & cili.
Masukkan telur, kacau hancur.
Masukkan nasi & garam, gaul rata.

Satu lauk lengkap sayur & protein.
Bahan-bahan:
2 biji telur
1/4 cawan sayur campur (carrot, kobis, jagung)
Sedikit garam
Cara:
Campur semua bahan & pukul.
Goreng atas pan leper hingga garing.
7️⃣ Roti Telur

Cepat, kenyang & semua orang suka.
Bahan-bahan:
2 keping roti
1 biji telur
Sedikit garam
Mentega / minyak
Cara:
Pukul telur + garam.
Celup roti dalam telur.
Goreng kedua-dua belah atas pan.
Kenapa Menu Ini Sesuai Untuk Bujang & Pasangan Sibuk
⏰ Penyediaan kurang 15 minit
🛒 Bahan mudah didapati di dapur
🍳 Sesuai untuk beginner yang baru belajar masak
🍱 Tetap kenyang & lengkap nutrisi walaupun simple
Kalau anda kerja awal pagi, atau penat sangat nak fikir menu sahur – resepi ini sangat membantu.
Servis Katering dengan Persediaan Sahur & Raya
Bagi mereka yang sibuk atau mahu menganjurkan jamuan sahur atau berbuka secara besar-besaran (di pejabat, surau, taman perumahan), kami juga menyediakan:
📦 Katering Pack untuk Sahur & Berbuka – dihantar siap bungkus
🍛 Buffet Katering untuk Open House Raya – dari RM10 seorang
Planning to organize an open house this upcoming Raya?
Kami sedia bantu dengan pakej katering & sewaan khemah yang lengkap!
Promosi RM100 Diskaun Hari Raya 2026
Tempah awal dan nikmati RM100 diskaun untuk tempahan sempena Ramadan & Hari Raya.*
🎉 Limited offer untuk pelanggan terawal.
Soalan Lazim (FAQ)
1. Ada penghantaran percuma ke untuk servis katering?
✅ Ya, seluruh Lembah Klang.
2. Minimum berapa pax?
✅ 30 orang untuk katering.
3. Boleh tempah untuk sahur sahaja?
✅ Ya, boleh. Kami juga buat sahur pack!
4. Makanan dijamin halal ke?
✅ 100% halal dan dimasak oleh chef Muslim.
5. Ada servis khemah, meja & kerusi sekali?
✅ Ya, lengkap dari RM100 untuk khemah, kerusi dari RM3.60 sahaja.
Kesimpulan & Cara Tempah
Menu sahur ini ringkas, sedap dan menyelamatkan masa. Untuk majlis sahur berjemaah, buffet berbuka atau open house Aidilfitri, kami sedia bantu dengan servis katering halal, murah & dipercayai.
🎁 Menu Katering Sahur, Berbuka & Hari Raya – Dari RM10 Seorang!
✅ Pakej katering enak dan berbaloi untuk sahur, berbuka, kenduri, seminar & rumah terbuka
✅ Menu bermula dari RM10 seorang
✅ Penghantaran PERCUMA sekitar Klang Valley
✅ Sewaan khemah, meja & kerusi pun ada
📞 Tempah sekarang & rebut promosi Hari Raya – RM100 OFF!*
_(*) Tertakluk pada terma & syarat.











Komen